09 September 2009

Inspirasi dari Dr. Shukri AbdullahPh.D (Essex)

Sekadar memetik beberapa ayat daripada buku ini;

Ramai ibu bapa hari ini merungut, sukar bagi mereka membantu anak mereka  kerana apa yang dipelajari di sekolah mereka tidak sama seperti apa yang mereka belajar di sekolah dahulu.
 
Rungutan ini tidak terhad kepada ibu bapa yang tidak berpendidikan, malah ibu bapa yang berkelulusan universiti pun menyuarakan pandangan yang sama.

Ada  2 jenis bantuan yang boleh diberikan, jika  kita mengalami situasi ini;

Pertama,
Bantuan secara khusus, yakni menerangkan semula sesuatu tajuk yang tidak difahami di kelas.  Ini sebenarnya bukan tugas utama ibu bapa kerana ia adalah tanggungjawab guru kelas.


Kedua,
Bantuan secara umum, iaitu bukan cuba mengajar anak secara khusus tetapi lebih kepada meransang , mendorong serta mendisplinkan anak untuk belajar dengan lebih rajin.


Selamat Mencuba!



"Bimbinglah anak anda... pastikan mereka berada dalam barisan pelajar cemerlang seluruh Malaysia.."
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Masukkan ulasan anda di sini